UMAI CATERING 

UMAI KALSOM BT MD HASHIM

Picture
Pn Umai Kalsom atau lebih dikenali dengan nama Kak Umi telah menceburi dalam bidang pengurusan makan lebih dari 35 tahun, bermula dengan berniaga makanan di pasar pagi Bagan Ajam, beberapa pasar malam disekitar Butterworth dan di Pasar-pasar Ramadan. Sekarang Kak Umi lebih bergiat aktif menguruskan beberapa kantin kilang dan katering di sekitar Seberang Prai Tengah, Kak Umi juga pernah membuka sebuah restoran UMAI CAFE di Taman Inderawasih bersebelahan Mybank Inderawasih pada tahun 2000. Menu makanan yang menjadi tumpuan orang ramai ialah seperti Nasi Ayam Umai Cafe, Nasi Tomato, Bihun Sup, Laksa, Ikan Bakar, Lauk-pauk ala kampung dan ala mamak.

Kak Umi adalah anak kelahiran negeri Perak dan telah lama menetap di Pulau Pinang, tak hairanlah jika masakan ala kampung resepi turun-menurun dan ala mamak yang dimasak nya menjadi kegilaan pelanggan.
Picture